March 11, 2008

Dah ada nombor baru...

Salam ikhwati fillah. Semalam ana dah tukar nombor baru, 019-4777087. Nombor lama dah tak pakai dah. Diharap antum boleh send nombor antum kat ana ye, afwan.

March 10, 2008

Tahapan-tahapan Dakwah Fardiyah

A. TAHAPAN PERTAMA

Membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi.

Seorang da'i harus berusaha agar mad'u merasakan bahawa kita betul-betul memerhatikannya dan selalu menanyakannya di saat ia tiada. Demikian seterusnya, tanpa perlu berbicara langsung tentang masalah dakwah agar hatinya terbuka dan siap menerima perkataan yang dapat diambil manfaat.

Seberapa banyak perhatian dan simpati yang diperoleh mad'u pada tahap ini, sebanyak itulah tanggapan dan penerimaannya terhadap apa yang didakwahkan kepadanya. Sebelum itu terjadi, semua perbicaraan mungkin malah membuatkan ia lari dari enggan menerima pesan dakwah. Oleh kerana itu, pada tahap ini mungkin diperlukan berminggu-minggu.

Fiqh Dakwah
Mushthafa Masyhur

Tazkiyatun Nafs

Tazkiyatun Nafs merupakan hal yang penting yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sudah sepatutnya kita teladani dan kita amalkan. Kajian ini akan menjelaskan secara singkat apa yang dimaksud dengan Tazkiyatun Nafs itu. Kajian akan meliputi definisi dari Tazkiyatun Nafs dan urgensinya.

DEFINISI

Secara bahasa, Tazkiyyatun Nafsi berarti membersihkan / mensucikan, atau menumbuhkan / mengembangkan. Sedangkan secara istilah Tazkiyatun Nafs berarti mensucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji. Sarana Tazkiyatun Nafs adalah melalui ibadah dan berbagai amal baik. Sedangkan hasilnya adalah akhlak yang baik kepada ALLAH dan pada manusia, serta terpeliharanya anggota badan, senantiasa dalam batas-batas syari’at ALLAH SWT.

URGENSINYA

1. Tazkiyyatun Nafsi termasuk hal terpenting yang dibawa oleh para Rasul as.

Hal ini sebagaimana yang ALLAH ingatkan dalam firman-Nya berikut ini:

“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Baqarah [2] : 129).

Di dalam beberapa ayat juga dijelaskan, antara lain pada surat Al-Baqarah [2] ayat 151, surat Ali Imran [3] ayat 164, surat Al-Jumu’a [62] ayat 2, dan surat An-Nazi’at [79] ayat 17 hingga 19.

Tazkiyyatun Nafsi yang dibawa oleh para Rasul ini adalah melalui:

  • Tadzkiir : Terhadap ayat-ayat ALLAH di setiap ufuk dan dalam diri manusia, terhadap perbuatan ALLAH atas ciptaan-NYA dan terhadap hukuman dan siksaan-NYA.
  • Ta’liim : Mempelajari Kitab dan Sunnah.
  • Tazkiyyah : Membersihkan hati dan memperbaiki tingkah-laku.

2. Tazkiyyatun Nafsi merupakan tujuan orang beriman.

Allah SWT berfirman:

“… di dalamnya ada orang-orang yang cinta untuk senantiasa membersihkan dirinya …” (QS. At-Taubah [9]: 108).

Di ayat lain Allah SWT juga berfirman:

“… dan sungguh akan kami selamatkan orang yang paling bertaqwa dari neraka, yaitu orang yang memberikan hartanya karena ingin mensucikan dirinya.” (QS. Al-Lail [92]: 17-18).

3. Tazkiyyatun Nafsi merupakan parameter kebahagiaan atau kebinasaan.

Allah SWT berfirman:

“…sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syam [91]: 9-10).

4. Tazkiyyatun Nafsi untuk mengenal penyakit zaman dan cara mengobatinya.

Salah satu penyakit zaman saat ini adalah hilangnya khusyu’, cinta dunia dan takut mati (wahn). Solusinya adalah melalui tarbiyyah Islamiyyah. Dimana dalam tarbiyah tersebut diberikan tadzkiir, ta’liim dan tazkiyyah.

Al-Ikhwan.net | 11 October 2006 | 17 Ramadhan 1427 H | Hits: 1,766
Abi AbduLLAAH

Handphoneku berserta duit hilang...hahaha alhamdulillah

Kali pertama dalam sejarah hidup aku, handphoneku hilang setelah 5 tahun bersama mengharungi suka duka, dosa dan pahala bersamanya.

Kejadian bermula waktu parking motor kat kawasan rekreasi Bukit Jambul around 5.30 petang. Dengan berhati-hati, aku menyimpan wallet dan handphoneku kat dalam seat motor lagendaku yang dah lama tak basuh tu.

Dah habis mendaki, angkat berat sikit lepas tu turun nak mencapai motor, tiba-tiba kulihat helmetku dah berada di posisi lain; tak seperti biasa.

Bukak bukak seat, tengok-tengok handphone dah hilang dengan duit sekali, ade la beberapa ringgit...

Kira pencuri tu baik hati lagi sebab dia hanya curi duit ngan handphone je, IC, lesen, kad matrik, bank card masih berada pada tempatnye...

Lepas tu aku balik dengan tiada perasaan, tak sedih dan tak gembira...cuma rasa lapar je nak makan takde duit...

Balik bilik, on PC, terus tulis kat dalam blog, hahaha saje nak buat kenangan...this is the first time :). Pasrah dan redha atas ketentuan ilahi...

Pun begitu, hidup harus diteruskan...mungkin ini yang harus ku bayar untuk menghapuskan dosa-dosa kecilku.

Aku tahu ikhwahku mengalami kejadian yang lebih teruk daripada ini, dan kalau nak dibandingkan dengan ujian yang aku hadapi, hanya ibarat gajah dengan kuman.

Itu je kot nak habaq, salam (-.-)