August 30, 2007

Rukun Islam

Rasulullah s.a.w telah menetapkan tujuan pertama kebangkitan dan cara dalam dakwahnya sebagaimana baginda bersabda:

"Sesungguhnya aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak."

Seolah-olah risalah yang menggariskan jalannya di dalam sejarah kehidupan dan perkara luar biasa yangtelah dibawa dalam menghimpunkan dan menyatukan manusia dan ingin menegakkan mereka supaya memiliki sifat kesedaran.

Ibadah yang telah disyariatkan oleh Islam tidak sama dengan ibadah agama lain yang membelenggu manusia dengan perkara ghaib yang tidak dapat difahami atau yang dipaksa kepada manusia supaya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak jelas maksud dan tujuannya.

Kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam merupakan latihan kepada manusia supaya mereka dapat hidup dengan akhlak yang baik sebagaimana solat yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannNya:

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."(29:45)

Solat dapat menjauhkan manusia dari perkara yang tidak baik dan inilah hakikat solat. Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi s.a.w berasal daripada Allah (hadis Qudsi) sebagaimana berikut:

"Aku hanya menerima solat daripada yang merendah diri di hadapan keagunganKu, tidak menganiayai makhlukKu dan orang yang sentiasa ingat kepadaKu, mengasihi orang miskin, musafir, janda dan orang ditimpa musuh.

Zakat yang diwajibkan oleh Islam bukanlah diambil begitu sahaja dari orang lain, dengan inilah dapat menanam rasa cinta serta dapat memperkuhkan hubungan, saling mengenal antara berbagai lapisan masyarakat.

Tujuan dikeluarkan zakat, Al-Quran telah menjelaskan:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (9:103)

Pembersihan jiwa dari kekotoran serta mengangkat martabat masyarakat ke taraf yang lebih mulia adalah hikmah yang pertama yang tekandung di dalam wajib zakat.

Oleh itu Rasulullah s.a.w memperluaskan pengertian zakat dengan sabdanya yang bermaksud:

“Senyum di hadapan saudaramu adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar yang engkau lakukan adalah sedekah. Engkau menunjukkan jalan kepada orang sesat adalah sedekah. Kesediaanmu menyingkirkan gangguan, duri dan rintangan dari jalanan adalah sedekah. Menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah. Kesediaanmu menuntun orang yang penglihatannya tidak terang adalah sedekah.”

Islam juga mensyariatkan berpuasa. Islam bukan memandang puasa sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi ia sebagai langkah untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang buruk, maka tidak ada erti bagi Allah orang itu meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

“Puasa itu bukan dengan perbuatan meninggalkan makan dan minum, tetapi puasa harus meninggalkan ucapan-ucapan yang keji, jika seseorang yang mengumpat atau memakimu, maka katakanlah kepada orang itu aku sedang berpuasa.”

Allah s.w.t menjelaskan mengenai fashilat puasa ssebagaimana firmanNya:

“Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yangdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.” (2:183)

Ada orang menyangka bahawa menunaikan haji yang diwajibkan olah Islam terhadap orang yang mampu dianggap sama dengan beribadah dengan perkara ghaib. Allah s.w.t telah menegaskan dalam firmanNya mengenai manasik (peraturan) tersebut sebagai berikut:

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” (2:197)

Ayat di atas telah menerangkan beberapa jenis ibadah di dalam Islam dan ia merupakan rukun Islam yang paling asas. Bentuk-bentuk ibadah tersebut mempunyai perbezaan, tetapi semuanya adalah satu tujuan yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur.”

Solat, puasa, zakat, ibadah haji, dan ajaran-ajaran Islam lain yang mengandungi pendidikan seperti tahap-tahap kesempurnaan, ia juga merupakan cara penyucian jiwa yang dapat menjaga kehidupan dan meninggikan kedudukannya berdasarkan ibadah tersebut, maka akhlak dan budi pekerti menempati kedudukan tinggi di dalam agama Allah.

Jika seseorang tidak dapat mengambil manfaat dari ibadah-ibadah tersebut dan tidak mengetahui hubungannya dengan Allah dan dengan sesama manusia, maka sia-sialah dia.

Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidupSesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.”

“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia).”

“(yaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (20:74-76)