NILAIANNYA:
Hadith ini mengandungi penilaian agama terhadap kebersihan seseorang dan pemujaan lidahnya bagi kepujian dan kesucian tuhannya dan terhadap sembahyang dan sedekahnya.
Penilaiannya tidaklah sebanding dengan ukuran kebendaan dunia yang walaupun dikatakan banyak tetapi pada hakikatnya adalah sedikit.
PERKARA MENGENAI KESUCIAN, PUJIAN DAN AL-QURAN
Imam Al-Ghazali mengertikan kesucian atau kebersihan pada hadith ini dengan kesucian atau kebersihan hati daripada sifat curang, dengki, dendam dan daripada segala macam penyakit yang tersemat di dalamnya.
Menurut Imam Nawawi, sesetengah ulama’ berpendapat bahawa barangsiapa yang membersihkan hatinya dan ia berwudu’, mandi dan mendirikan sembahyang maka bererti ia telah mengerjakan sembahyang itu dengan mengumpulkan kedua-dua macam kesucian sekali.
Barangsiapa yang mendirikan sembahyang semata-mata dgn kebersihan anggotanya yang tertentu saja, maka bererti ia baru melakukan satu kebersihan, sedangkan Allah tidak memandang melainkan kepada kesucian hati(jiwa) kerana Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Bahawa Allah tidak memandang kepada bentuk rupa kamu dan warna kulit kamu, tetapi ia memandang kepada hati kamu.”
Di sekitar Huraian Alhamdulilah dan Subhanallah
“Alhamdulillah” memenuhi timbangan == Ganjaran atau pahala menyebutnya serta memahami maknanya dan beramal dgn maksudnya adalah memenuhi timbangan kebajikan di akhirat kelak.
“Subhanallah, Alhamdulillah” memenuhi ruang antara langit dan bumi == Kalau kiranya ganjaran itu dijadikan satu badan, maka badan, maka badan itu dapat memenuhi ruang tersebut yang menunjukkan betapa banyaknya ganjaran itu diberikan kepada orang2 yang menyebutnya dengan cara yang sebenarnya.
SEMBAHYANG, SEDEKAH DAN SABAR
“Bahawa sembahyang itu adalah cahaya” == cahaya yg menerangkan jalan hidup yg sebenar, cahaya bagi orang yang mengerjakannya dalam dunia dan akhirat. Rasulullah pernah bersabda: “Bahawa barangsiapa yang memelihara sembahyang, adalah baginya cahaya dan alasan dan kelepasan pada hari qiamat. Dan barangsiapa tidak memeliharanya tidaklah ada cahaya baginya, tidaklah ada baginya alasan dan kelepasan dan adalah ia pada hari qiamat bersama Fir’aun, Haman, Qarun dan Ubay bin Khalaf”.
Orang yg meninggalkan sembahyang akan bersama-sama dengan:
1. Ubay bin Khalaf kerana pengaruh perniagaan;
2. Fir’aun kerana kerajaannya atau kekuasaannya;
3. Qarun kerana harta bendanya;
4. Haman kerana ketuanya.
Sedekah, iaitu terujinya iman dan terbukti keterangan dan dalil adanya dengan zakat harta benda atau wang ringgit; satu-satunya matabenda yang sangat2 dicintai oleh seseorang. Sekiranya seseorang dapat mengeluarkan zakat dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat. Kalau tidak, itulah alamat kekurangannya tetapi dia tidak dapat terasa. Apa yang dirasai ialah kekurangan harta benda dan wang ringgit yg dikeluarkan zakatnya saja.
Al-Sabr kata Rasulullah adalah dhiya’ iaitu sinaran yang menyuluh jalan yang akan ditempuh.
Sabar, ertinya tahan menempuh suatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yg dilarangNya dan sabar atas segala tqadirNya.
Sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama dari sabar atas segala taqdir yg amat susah dan menggelisahkan perasaan sebagaimana yang diterangkan pada hadith dari Sayyidina ‘Ali iaitu: “Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak tiga ratus darajat, dan sesungguhnya sabar atas satu ketaatan dituliskan kerananya enam ratus darajat, dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak sembilan ratus darajat.”
AL-QUR’AN ITU HUJJAH BAGI ENGKAU ATAU ATAS ENGKAU
Ertinya, al-Qur’an adalah menjadi hujjah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang pada hari kiamat kelak atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atasnya pada hari tersebut.
Al-Qur’an menjadi hujjah kebaikan bagi seseorang jika dia mengingati pengajarannya, dan menjadi hujjah atas kejahatannya jika ia tidak menurutinya.
HAL MANUSIA MENJUAL DIRI
Manusia terbahagi kpd dua bahagian:
Pertama: Yang menjual dirinya kepada Allah dengan cara mengerjakan amal soleh. Maka dengan perbuatannya ini Allah memerdekakan mereka dari kesengsaraan azab.
Kedua: Yang menjual dirinya depada syaitan dan kepada hawa nafsu dengan mengikuti kehendaknya. Maka dengan usahanya ini dia sendiri membinasakan dirinya.
Maka nyatalah bahawa tiap2 manusia ada yang berusaha untuk membaiki dirinya dan ada pula yg berusaha untuk merosakkannya.