March 10, 2008

Tahapan-tahapan Dakwah Fardiyah

A. TAHAPAN PERTAMA

Membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi.

Seorang da'i harus berusaha agar mad'u merasakan bahawa kita betul-betul memerhatikannya dan selalu menanyakannya di saat ia tiada. Demikian seterusnya, tanpa perlu berbicara langsung tentang masalah dakwah agar hatinya terbuka dan siap menerima perkataan yang dapat diambil manfaat.

Seberapa banyak perhatian dan simpati yang diperoleh mad'u pada tahap ini, sebanyak itulah tanggapan dan penerimaannya terhadap apa yang didakwahkan kepadanya. Sebelum itu terjadi, semua perbicaraan mungkin malah membuatkan ia lari dari enggan menerima pesan dakwah. Oleh kerana itu, pada tahap ini mungkin diperlukan berminggu-minggu.

Fiqh Dakwah
Mushthafa Masyhur

No comments: